BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Iklan Lagi~

Pengunjung Laman ini =

Tuesday 29 November 2011

KTMB punya cerita~

Cerita pasal KTMB Komuter nie, aku dah naik muak dah. Memang sebagai anak Malaysia, aku bangga la dengan kemajuan yang ada sekarang ni. Tapi kalau kemajuan yang ada atas nama saja, tapi pengurusan macam sial! Baik tak payah ada kemudahan, kan?? Aku pelik bila tau pengurusan KTMB uruskan monorel di Mekah. Jauh dowh, sampai Arab Saudi diorang gi uruskan. Bangga kejap aku.

Tapi hari Ahad lepas, kebanggaan aku tue terus meleset. Sebab malas nak bermotosikal ke Pasar Malam Jalan TAR, aku nekad guna KOMUTER KTMB. Kalau dah boleh menguruskan monorel di Arab Saudi, mesti la kat tanahair sendiri, perkhidmatan TIP_TOP!. Aku sampai kat stesen Kg Batu jam 1400. Lepas beli tiket, aku turun ke tempat menunggu, tengok jadual, tren akan tiba pada jam 2041. Terkejut manusia jap aku. Takkan aku nak tunggu sampai 7 jam??? DAMN.





Aku pun naik balik ke kaunter tiket, Tanya dekat budak dalam tue, “lambatnya tren, jam 2041 baru ada??”. Budak tue senyum “ abg, tren jam 1411, tapi mungkin lewat 20 minit. Sebab blablabla..” “abes tue, yang dekat signboard tue? “ “ owh, itu yang semalam punya abg, diorang tak tukar lagi, mungkin operator tertido”. 

Hahahahaha.. pecah perut aku dengar jawapan dari budak kaunter tue. Oittt, KTMB, korang nie memang awal² pagi datang keje dah niat nak tipu RAKYAT ke??? Memalukan la, korang memang LEMBAB!! Spesies mentekedarah duit RAKYAT macam korang nie, memang patut ditukarkan jer!! 

Thursday 24 November 2011

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

 "Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"
 Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
 Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram. Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tak de. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dgn Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

astaghfirullah.. rase kerdil..


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
...HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH...

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Wednesday 23 November 2011

Cakap Jangan Tipu~

Perdana Menteri, umum satu undang-undang HUTAN yang masih digunakan dalam negara kita ni akan dimansuhkan. Aku antara yang gembira dengan pengumuman yang PM buat sebab dalam tamadun dunia kita ni, tak pelu la ada undang² HUTAN. Tapi tak dinafikan, bila undang² HUTAN nak dimasuhkan, yang paling marah sekali penghuni HUTAN la. Biasa la, BERUk, dah biasa dengan keadaan HUTAN & undang²nya. Jadi logik la BERUK² tue melompat² depan pintu tamadun manusia, minta undang² mereka terus digunakan. Kesian ko BERUK!!

Tapi itu cerita tV bhai, cerita untuk santapan orang² kampung, makcik² FELDA dan PENCHACHAI yang kuat ampunya. Bagi anak muda yang dikelilingi dengan media alternatif macam aku, memang aku tak percaya langsung, PROPA jer lebih. Nak jadi cerita, terkeluarla kisah penahanan beberapa orang dibawah akta HUTAN  tue kat SABAH. Terkejut manusia kejap aku, kata nak mansuh????!! Selamba jer kawan aku bagitau, mansuh bulan MAC 2012 nanti, kena buat pelan² dan akan digantikan dengan undang² baru yang berperikemanusia sikit.

Owh, patut la kena tangkap, takpela, yang kena tangkap tue, kena la tunggu orang gomen tak sibuk, sebab diorang nak drafkan undang² baru nie bukan senang, susah! Nak jawab TELEFON pun susah, apatah lagi nak draf undang² kn? hahaha..

Tapi semalam aku terbaca dalam TheSun (dapat free depan opis), Sepupu PM agak marah membidas semua blogger yang mempersoalkan penahanan yang dibuat dibawah undang² HUTAN tue. Dia siap bidas SUHAKAM lagi, sebab bela nasib manusia yang teraniaya bawah undang² HUTAN. Aku pun pelik la, kalau dalam cerita orang putih, manusia lawan alien ke, manusia lawan APES ke, mesti manusia yang tolong manusia jugak. Tapi pelik, manusia serang manusia sebab nak lindung undang² BERUK. Lepas tue bagitau, negara BERUK yang lain pn ader undang² BERUK???  apa ke BERUK perangai macam tue??

Better PM jumpa sepupu dia balik, bincang elok², nak mansuh ke tak undang² BERUK nie?

Peniaga Paling Jujur~

Susah nak cari peniaga yang jujur sekarang. Walaupun penampilan macam alim, tapi kekadang terselit niat menipu. Sebagai pengguna yang kurang berhemah, aku yakin 56% pengguna kat Malaysia nie kurang berhemah ketika berbelanja, jadi kita merupakan gologan yang paling mudah ditipu. Tapi satu signboard yang aku jumpa baru-baru ni, memang kategori paling jujur la. Peniaga ini amat jujur tentang waktu dia membuka perniagaan. Kurang percaya? Tengok bawah ni..hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...